Buku Pelawat Hubungi Kami Muat Turun Soalan Lazim Galeri Video

Kalendar

Menu Utama arrow Sejarah Sester
Sejarah PDF Cetak Emel
Ditulis oleh webmaster   
Selasa, 19 Februari 2008
Latar belakang 


SM Sains Kuala Terengganu (SESTER) merupakan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ke-35 yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini dibuka pada 16 Julai 2000, mengambil alih tapak Maktab Perguruan Pasir Panjang yang terletak di Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu dan di atas tapak seluas 9.5 ekar.

Sekolah ini dirintis oleh 124 orang pelajar yang terdiri daripada 80 orang pelajar tingkatan empat dan 44 orang pelajar tingkatan enam rendah. Sekolah dipimpin oleh pengetua perintis Tuan Haji Mohamad bin Abdullah bersama-sama 23 orang guru.

Pelajar kumpulan pertama ini mengambil peperiksaan SPM dan STPM pada tahun 2001. Mulai tahun 2002 nama SESTER mulai terserlah, gah sebagai salah sebuah sekolah cemerlang dalam kalangan SBP dan negara. Keputusan SPM 2002 meletakkan SESTER tempat kelima terbaik SBP, manakala keputusan 2003, SESTER dinobatkan sebagai sekolah kedua terbaik SBP dan ketiga terbaik negara dengan gred purata 1.62.

Mulai tahun 2004, kelas tingkatan enam telah ditutup dan sekolah ini hanya membuka peluang kepada pelajar yang mengambil SPM sahaja untuk disesuaikan dengan keperluan semasa bagi memberi lebih banyak tempat kepada pelajar cemerlang PMR yang semakin meningkat.  

 



Panorama

Panorama

Terakhir dikemaskini ( Rabu, 27 Februari 2008 )
 

Masa Itu Emas

Makluman

Selamat Bercuti

Cuti Pertengahan Tahun akan bermula pada 4 - 19 Jun 2010.

 
Ekspedisi Gunung Kinabalu

Ekpedisi Menawan Gunung Kinabalu dijangka akan diadakan pada Februari 2011

 
Ekspedisi Berkayak

Ekspedisi Berkayak Sester bermula dari Kuala Ibai ke Pulau Kapas dijangka akan diadakan pada 23 - 25 April 2010. Kepada bekas pelajar Sester terutamanya yang telah bekerja jika berminat hendak menyertai ekspedisi ini bolehlah menghubungi Cikgu Wan Ismail bin Wan Nawang di talian 019-9893317

 
Lawatan Pengawas & PRS

Lawatan Badan Pengawas Sester dan Pembimbing Rakan Sebaya ke Kuala Lumpur akan diadakan pada 2 Jun 2010

 
Hari Guru 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat sekolaha akan diadakan pada 16 Mei 2010 bertempat di Dewan Nadwah

 
Kem Ops Gemilang Fasa 1

Kem Ops Gemilang Fasa 1 tingkatan 5 akan bermula pada 15 - 19 Jun 2010. Mata pelajaran terlibat ialah Pendidikan Isam, Bahasa Melayu, Biologi, Sejarah, Bahasa Inggeris, Matematik dan Fizik

 

Gambar Pilihan

     

Keahlian

2495 Berdaftar
0 Hari Ini
17 Minggu Ini
34 Bulan Ini
Terakhir: david512

Statistik Pelawat

Hari Ini: 3
Semalam: 46
Bulan Ini: 453
Jumlah: 40926
Sejak: 2008-02-21
home contact search contact search